0

Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada semua yang melayari blog Unit Perancang Ekonomi. Pihak EPU berharap dengan adanya blog ini,ia mampu menambah ruang saluran bagi perhubungan lebih efisyen antara pihak EPU dengan pengguna. Komen dan pendapat anda adalah amat dihargai bagi menjadikan perkhidmatan kami lebih berkualiti.

Unit Perancang Ekonomi adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan Negara. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1961, di mana ia berkembang dari Sekretariat Ekonomi Jawatankuasa Ekonomi Majlis Eksekutif Persekutuan Malaysia, ialah untuk “memfokuskan pelan pembangunan, perlaksanaan pelan yang berisiko tinggi dan segala bentuk bantuan luar”. Pada tahun itu, Kerajaan juga menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara, dengan Unit Perancang Ekonomi sebagai sekretariatnya. Sementara Kabinet terus mengekalkan tanggungjawab utama bagi perancangan di negara ini, Jawatankuasa Pembangunan Perancangan Negara telah dipertanggungjawabkan untuk merumuskan, melaksana, menilai kemajuan, dan menyemak pelan-pelan pembangunan. Semenjak penubuhannya hampir 43 tahun lalu, fungsi UPE pada dasarnya tidak berubah meskipun ada fungsi-fungsi tambahan sejajar dengan penekanan ke atas perubahan polisi pembangunan.